Seperti yg kita sedia maklum.. Mulai 12 mac 2012 kerajaan
akan mengharamkan penggunaan botol susu jenis polikarbonat. Ini adalah krn bhn
dlm kandungan botol susu itu yg dikenali sebagai bisphenol A (BPA) yang bertindak utk mengeraskan plastik dan menjadikannya
lutsinar… BPA ini boleh
berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
- Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
- Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
BPA ini juga diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada
sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh dan boleh
menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya kanser. Menurut kajian juga BPA ini
boleh menukarkan hormon lelaki kepada hormon wanita.. so tak mustahillah ramai
lelaki jadi lembut skang ni..
Bukan shj kpd bayi malah ibu hamil pun berisiko memindahkan
BPA ni kpd bayi yg dikandungnyer sekiranya si ibu minum dr bekas air jenis polikarbonat..
termasukler ibu yg menyusukan bayi…
Sebelum ni Mawar pernah juga menggunakan botol susu polikarbonat ni.. Tapi bila dah tau kesan keburukannye pejam2 mata juge le Mawar buang semua botol2 tu.. walaupun sayang tapi kesihatan anak adalah lebih penting… skang ni Mawar pakai brand tupperware…dari botol susu sampai le bekas air.. walaupun harganya agak mahal tapi jaminannya seumur hidup..mmg berbaloi beli.. lagipun plastiknya bebas dr toksid…
Botol susu Tupperware |
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’. Skang ni terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.
Skang kt pasaran pun dah bnyk botol2 susu BPA free ni.. Ini yg brand le antaranya
Avent, Mam, NUK, Breastflow, Pura dan sebagainya… harga bagi setiap botol2 susu
ni pun boleh thn ler… paling rendah pun dlm RM 30 ke atas..
Ini contoh botol susu yg brand ler |
Camner cantik x botol susu pureen ni...apa lagi moh ler kita pakat2 tukar botol polikarbonat kpd botol BPA free...
Disini mawar akan tunjukkan cth kod2 plastik yg kita semua mesti ambil tau..
- Kod 1 > Diperbuat dr bahan PETE atau PET yg selalu digunakan utk membuat bekas minuman ringan dan air mineral.. selamat digunakan utk sekali pakai shj.. Jika terdpt air panas atau dibiarkan dalam kereta pd hari panas terik bhn toksin akan terhakis di dalamnya ia akan mengakibatkan lapisan polimer pd botol tersebut akan mengeluarkan karsinogenik yg boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara... lagipun dlm islam pun hukumnya adalah makruh minum dr botol air yg terkena panas terik cahaya matahari...
- Kod 2 > Jarang digunakan utk membuat bekas minuman/makanan.. Oleh itu kita x perlu risau tentangnya...
- Kod 4 > Selalu digunakan utk bungkusan makanan yg akan diguna pakai hanya sekali dan dibuang. Ia tidak menimbulkan kesan yg bahaya tetapi sekiranya bahan makanan/minuman yg diisi terlalu panas atau terkena minyak masak yg masih panas bhn plastiknya boleh meluntur dan masuk kedlm makanan/minuman tersebut..
- Kod 5 > Selamat digunakan dan boleh dipanaskan dlm oven microwave tetapi boleh digunakan dlm jangkamasa 3 bln shj sekirannya digunakan setiap hari... Oleh itu kita mesti membuangnya dan gantikan dgn yg baru sekiranya sudah terlalu lama menggunakannya...
- Kod Merah yg mesti kita elakkan sama sekali adalah Kod 3, 6 & 7 > Bahan dr Kod 7 biasanya diperbuat drpd polikarbonat yg bersifat keras & lutsinar. Ia mengandungi BPA / Bisphenol A yg berbahaya krn ia bersifat karsinogenic yg boleh menyebabkan kanser dll.. Kod 3 & 6 juga mengandungi BPA serta bhn kimia lain yg juga memberi kesan yg sama...
So mulai skang jgn guna plastik kod 1 berulang kali.. kod 5 adalah yg paling selamat digunakan tetapi jgn pulak kita guna kod 5 dlm tempoh yg terlalu lama... dan yg paling penting jgn guna lansung kod 3, 6 & 7..
Ok Mawar stop kt sini dulu.. nnti dilain artikel bnyk lagi yg akan mawar paparkan.. jumper lagi...